Board Games

Board Games oleh Poki ialah permainan klasik yang menghiburkan dan boleh anda mainkan terus dalam pelayar web anda. Nikmati permainan seperti catur, dam, mahjong, solitaire dan banyak lagi, kerana perkhidmatan ini menawarkan lebih daripada 50 permainan dalam talian. Sesetengah permainan akan menguji kemahiran perancangan anda, manakala yang lain memerlukan anda memadankan jubin, menyusun kad dan membaling dadu. Sertai cabaran solo atau bermain menentang pemain lain. Terokai pelbagai papan permainan dan strategi.

Permainan Papan Dalam Talian

Bermain permainan papan dalam talian ialah peluang untuk menikmati hiburan klasik permainan meja terus pada skrin anda. Cuba permainan kegemaran lama atau cabaran baharu pada bila-bila masa yang anda mahukan. Setiap permainan menawarkan pengalaman yang unik, jadi anda boleh memilih permainan yang paling sesuai dengan anda.

Permainan strategi membuatkan anda berfikir ke hadapan dan meneka langkah yang akan dilakukan oleh pihak lawan seterusnya. Permainan kad dan jubin memerlukan perancangan yang teliti untuk mengosongkan papan tanpa tersekat. Permainan dadu pula menambahkan unsur nasib dalam permainan.

Terdapat permainan yang memerlukan anda bermain bersendirian, dan terdapat juga permainan yang memberi anda peluang untuk bermain bersama rakan atau menentang pemain dalam talian. Apa sahaja pilihan anda, sama ada ingin menyelesaikan teka-teki bersendirian atau bersaing dengan seseorang, Poki mempunyai banyak pilihan.

Senarai Permainan

  • Domino
  • Ludo King
  • 1010! Deluxe
  • Backgammon Online
  • Chess Multiplayer
  • Ludo Multiplayer
  • Carrom Multiplayer
  • Spider Solitaire
  • Freecell Solitaire
  • Mystical Birdlink

Permainan Papan Popular

Master Chess: Master Chess memerlukan anda berfikir ke hadapan dan merancang cara untuk mengalahkan pemain lain dengan melindungi buah catur anda.

Tic Tac Toe: Dalam permainan teka-teki klasik ini, dua pemain perlu membentuk satu barisan menggunakan simbol yang sama. Pilih langkah anda dengan bijak untuk menewaskan pihak lawan.

Master Checkers: Atur buah permainan anda untuk bergerak di sekitar papan sambil menangkap buah pihak lawan melalui lompatan.

Jigsaw Surprise: In Jigsaw Surprise, susun pelbagai kepingan di tempat yang betul untuk menikmati pengalaman permainan teka-teki yang menyeronokkan.

Classic Mahjong: FCari pasangan dan keluarkan jubin yang sama daripada papan. Anda perlu mencari pasangan yang terbuka dan memastikan masih terdapat langkah yang boleh dilakukan.

Backgammon Online: Mgerakkan buah permainan mengikut setiap balingan dadu dan berusaha untuk mengeluarkan semuanya dari papan. Rancang langkah lebih awal untuk melindungi buah permainan dan membuat pergerakan yang lebih baik.

Frequently Asked Questions

Apakah jenis permainan papan yang boleh saya mainkan?
Permainan papan dalam talian merangkumi pelbagai jenis permainan. Terdapat permainan strategi, permainan kad, cabaran memadankan jubin, permainan dadu dan permainan teka-teki. Antara permainan yang paling popular ialah catur, dam, domino dan solitaire.
Adakah saya boleh bermain secara solo?
Ya. Terdapat banyak permainan yang boleh anda nikmati bersendirian untuk menyelesaikan teka-teki, memadankan jubin, menyusun kad atau bermain menentang lawan komputer.
Adakah terdapat permainan berbilang pemain dalam bahagian permainan papan?
Ya. Terdapat beberapa permainan yang membolehkan anda bersaing dengan pemain dalam talian yang lain, manakala permainan lain membolehkan anda bermain bersama orang lain secara setempat. Malah, terdapat juga permainan yang direka untuk dua orang pemain atau lebih.
Adakah saya perlu memuat turun sesuatu untuk bermain?
Tidak. Permainan di Poki berasaskan pelayar web. Hanya pilih permainan anda dan mula bermain dalam talian.